Sunday, November 25, 2007

Kenapa Portugis Tidak Tawan Kedah & Pulau Pinang

Hari ni kita nak belajar sejarah. topik ni mesti baca untuk pengetahuan
kita bersama kerana terdapat beberapa fakta yg tidak ada dlm buku teks
sekolah korang.. ini dia.

1908 - Alfonso de La Boorg meyampaikan hasratnya kepada raja portugis
untuk meluaskan pegaruhnya ke asia tenggara ( melaka pusat perdangan
asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur
barat. Raja portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera
(158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera)

1909 - Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan
kekuatan pertahanan disana

Oct 1910 - Alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas
melawan 5 pahlawan melayu terhandal ( hang tuah, hang lekir, hang lekiu,
hang jebat dan hang kasturi). Ini adalah mimpi ngeri bagi pihak
alfonso.Untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara,
mereka perlu meminta askar tambahan setelah 15 ribu askarnya terkorban
.Dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara.. akhirnya
dapat juga mereka menawan melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1912 - setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke
kedah, p.pinang dan perlis yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu
untuk gula rantau ini,...

feb 1912 - alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk
mengetahui kekuatan bala tentera di sana .Mengikut sejarah, perisiknya
telah ke kedai kopi sekitar kedua-dua negeri itu untuk mendapat segala
maklumat yang diperlukan... Seminggu selepas itu perisik balik ke melaka
untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso

Dibawah adalah perbualan antara perisik dengan al fonso yang selama ini
cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1,2 dan 3: Selamat pagi tuan ( sambil bertabik)

Al fonso: selamat pagi

Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan kedah
dan pulau pinang

Al fonso: Kenapa? kuat sangatkah mereka itu..? ( dengan nada marah dan
bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang
tuah, hang jebat, hang kasturi, hang lekir dan hang lekiu pun kita
kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan 3
negeri itu yang mempunyai beribu ribu Hang.

Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya hang sihat ka, hang buat apa, hang
apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak p mana, hang singgah
dulu, hang bila nak kawin, hang bila sampai, hang pening ka, hang mai
sat, hang boleh blah, hang demam, bapak hang, mak hang, adik hang, tok
hang macam macam lagi hang ada kat sana... yang paling panjang nama dia
Hang celapak bagi kat muka dia! Rasanya itu panglima perang tu sebab
nama dia panjang...

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang kedah,
pulau pinang dan perlis disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5
pahlawan Melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan
beribu ribu hang kat sana!!!

Sekian... Dah p buat kerja hangpa... Penat dh chek story nie....

No comments: