Sunday, November 25, 2007

21stCentury...

Our communication - Wireless
Our dress - Topless
Our telephone - Cordless
Our cooking - Fireless
Our youth - Jobless
Our food - Fatless
Our labour - Effortless
Our conduct - Worthless
Our relation - Loveless
Our attitude - Careless
Our feelings - Heartless
Our politics - Shameless
Our education - Valueless
Our follies - Countless
Our arguments - Baseless
Our boss - Brainless
Our Job - Thankless

Our Salary - Very less.!!

PERANGKAP TIKUS

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja.
Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan
gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka
dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah rerangkap tikus.
Sang tikus naik panic bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di
rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !"
Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada
kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti
tadi.

Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak
ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi
perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar
aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular
berkata " Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak
membahayakan aku."


Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia
akan menghadapi bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap
tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap
tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular
yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri
pemilik rumah.


Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak
sempat diselamatkan.
Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit. Beberapa hari kemudian
isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana
percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang
si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat
sup.


Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman
menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya
untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan
akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami
pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu
apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk
memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari
kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

SUATU HARI....KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN
MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...PIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

Kenapa Portugis Tidak Tawan Kedah & Pulau Pinang

Hari ni kita nak belajar sejarah. topik ni mesti baca untuk pengetahuan
kita bersama kerana terdapat beberapa fakta yg tidak ada dlm buku teks
sekolah korang.. ini dia.

1908 - Alfonso de La Boorg meyampaikan hasratnya kepada raja portugis
untuk meluaskan pegaruhnya ke asia tenggara ( melaka pusat perdangan
asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur
barat. Raja portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera
(158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera)

1909 - Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan
kekuatan pertahanan disana

Oct 1910 - Alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas
melawan 5 pahlawan melayu terhandal ( hang tuah, hang lekir, hang lekiu,
hang jebat dan hang kasturi). Ini adalah mimpi ngeri bagi pihak
alfonso.Untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara,
mereka perlu meminta askar tambahan setelah 15 ribu askarnya terkorban
.Dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara.. akhirnya
dapat juga mereka menawan melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1912 - setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke
kedah, p.pinang dan perlis yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu
untuk gula rantau ini,...

feb 1912 - alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk
mengetahui kekuatan bala tentera di sana .Mengikut sejarah, perisiknya
telah ke kedai kopi sekitar kedua-dua negeri itu untuk mendapat segala
maklumat yang diperlukan... Seminggu selepas itu perisik balik ke melaka
untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso

Dibawah adalah perbualan antara perisik dengan al fonso yang selama ini
cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1,2 dan 3: Selamat pagi tuan ( sambil bertabik)

Al fonso: selamat pagi

Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan kedah
dan pulau pinang

Al fonso: Kenapa? kuat sangatkah mereka itu..? ( dengan nada marah dan
bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang
tuah, hang jebat, hang kasturi, hang lekir dan hang lekiu pun kita
kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan 3
negeri itu yang mempunyai beribu ribu Hang.

Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya hang sihat ka, hang buat apa, hang
apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak p mana, hang singgah
dulu, hang bila nak kawin, hang bila sampai, hang pening ka, hang mai
sat, hang boleh blah, hang demam, bapak hang, mak hang, adik hang, tok
hang macam macam lagi hang ada kat sana... yang paling panjang nama dia
Hang celapak bagi kat muka dia! Rasanya itu panglima perang tu sebab
nama dia panjang...

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang kedah,
pulau pinang dan perlis disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5
pahlawan Melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan
beribu ribu hang kat sana!!!

Sekian... Dah p buat kerja hangpa... Penat dh chek story nie....

Sunday, November 11, 2007

Racun Dalam TEH

Kementerian Kesihatan mengenal pasti 10 jenama serbuk teh yang dicampur dengan bahan pewarna dan digunakan terutamanya pengusaha kedai, restoran serta gerai makanan di negara ini.

Menterinya, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata 51 syarikat pengeluar teh dikesan mengadukkan pewarna dalam keluaran mereka sepanjang tahun lepas berbanding 32 pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata jenama teh berkenaan adalah Teh Wangi, Teh Cap Masjid, Serbuk Teh, 3 Bintang, Teh Campuran, Teh Cap Bunga, Teh Tarik (Burung Petalawati), Serbuk Teh Wawasan 2020, Serbuk Minuman (A1) dan Bunga Mahkota.

"Kesemua jenama teh ini didapati masih digunakan terutamanya di kedai, restoran serta gerai makanan di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dan makan tengah hari bersama penduduk kawasan Chemplak, Labis di sini hari ini.

``Peningkatan penggunaan teh bercampur pewarna dikesan kerana disebabkan permintaan pengguna,'' kata Soi Lek, yang juga Anggota Parlimen Labis. Beliau berkata 14 pengeluar dikenakan denda berjumlah RM24,102 tahun lepas kerana kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985. - Bernama

KOMEN PPIM Ini merupakan isu serius yang berlaku sekian lama. Para peniaga seumpama tidak menghiraukan keselamatan pengguna langsung, sebaliknya menggunakan pelbagai taktik untuk melariskan jualan mereka. Pewarna seumpama ini dikuatiri akan menyebabkan implikasi kesihatan seperti penyakit barah. Selain itu, PPIM juga amat risau berkenaan kegemaran orang Melayu meminum sirap dan serbuk pewarna merah dalam minuman dan makanan. Menurut lapuran yang diterima, pewarna merah sirap diperbuat daripada sejenis serangga seperti semut yang digelar cochiner. Bolehkah kita minum air semut??


Fikirkanlah. Sedikit tips untuk pengguna oleh Presiden, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) Tn Hj Jamalulkhan Kadir.

Cara-cara mengenalpasti teh yang dimasukkan pewarna.

Masukkan satu sudu teh kedalam air sejuk. Jangan dikacau, biarkan ia mendap sendiri. Sekiranya terdapat warna keluar tersebar mewarnai air, maka itulah pewarna yang dimasukkan. Teh asli tanpa pewarna hanya mengeluarkan warna dan rasa didalam air panas sahaja.

Silalah buat ujian dan berilah komen anda dalam ruangan ini.

Tuesday, October 30, 2007

hiburkan hati anda

wahai kawan2 senasib..
hiburkan hati
ringankan kepala..
kalo kepala serabut2 kang leh jadik SENG..

Soal Jawab Guru Dan Sin Chan...

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru: Bukan, Salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanyasaya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana AmerikaUtara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yangtergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa AmerikaUtara?Kelas:
Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan olehgigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -**-*-*-* -*

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlakusecara kebetulan?"Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warnahijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan keranaterdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakahawak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahuibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang dikarang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakaptetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

Amat, Abu dan Budin Bontot & Buah??

Amat, Abu dan Budin tersesat di dalam hutan sewaktu memburu. Mereka kemudiannya ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang merupakan cannibal. Sewaktu dihadapkan ke ketua puak cannibal, ketua puak mengatakan mereka tidak akan dijadikan sup dan dimakan jika mereka lepas ujian yang akan diberikan.

Mereka dikehendaki pergi ke dalam hutan dan mencari 10 buah yang sama jenis. Lalu mereka pun pergi la ke dalam hutan bersama2 beberapa orang asli yang akan mempastikan mereka takkan lari.Amat kembali dan membawa 10 biji buah epal. Ketua puak cannibal itu kemudiannya berkata "Kamu dikehendaki menyumbat kesemua buah2 tersebut kedalam lubang bontot kamu tanpa sebarang ekspressi diwajah kamu atau kamu akan dimakan!".

Maka bermulalah sesi menyumbat buah epal ke dalam lubang bontot Amat, SATU!!! jerit semua orang-orang asli. Belum sempat epal kedua disumbat, Amat sudah menjerit kesakitan, lalu Amat diikat dan diletak dalam kawah besar untuk direbus jadi sup.Abu pula kembali membawa 10 biji anggur. Ketua puak menerangkan perkara yang sama kepada Abu. Abu merasa takdelah susah mana.

Dari jauh Amat mendengar orang-orang asli menjerit SATU!!! DUA!!!! TIGA!!! EMPAT!!! LIMA!!! ENAM!!! TUJUH!!! LAPAN!!!!, tiba-tiba Amat terdengar Abu ketawa terbahak-baha. Beberapa minit kemudian Abu diletakkan bersebelahan.

Amat dalam kawah besar."Weiii yang ko gelak apehal???...ko dah nak lepas tadi dah!!" bentak Amat.

Abu jawab "takleh tahanla beb...tengah aku relax2 sumbat anggur tiba2 Budin balik bawak tembikai 10 bijik".